HISHAMUDDIN HUSSEIN LARI MENCICIT LINTANG PUNGKANG KE HAWAII KERANA ENGGAN BERDEPAN DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MEMBERI PENJELASAN DAN TAKLIMAT TRAGEDI MH370.



Inikah watak, gelagat dan perangai serta sikap seorang pemimpin UMNO yang sudah pasang niat dan tetiba dengan tragedi MH370 di lambungkan namanya sebagai bakal Perdana Menteri malaysia???... Itu pun kalau UMNO masih menanglah..

Nak berdepan dengan wakil rakyat Pakatan Rakyat pun tidak berani dan mampu.

Kalau sekadar tunjuk lagak depan wartawan tempatan jangan nak mimpilah anda layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Mungkin dalam berdepan dengan wartawan dari kalangan menteri-menteri UMNO/BN boleh dikatakan yang terbaik .. tetapi terbaik dikalangan yang terteruk.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri

Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut.


“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain.



“Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370.


Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin.

Related Posts :

0 Response to "HISHAMUDDIN HUSSEIN LARI MENCICIT LINTANG PUNGKANG KE HAWAII KERANA ENGGAN BERDEPAN DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MEMBERI PENJELASAN DAN TAKLIMAT TRAGEDI MH370."

Post a Comment