Gambar Hiasan
KUALA TERENGGANU: Mayat seorang bayi lelaki dipercayai tidak cukup bulan ditemui dalam lubang tandas rumah sewa didiami pelajar sebuah kolej di bandar raya ini, awal pagi tadi. Kejadian jam 2.30 pagi itu disedari seorang pelajar kolej yang menyewa di rumah itu selepas ternampak rakannya terlentang di dalam tandas, manakala mayat bayi di dalam lubang tandas.
Pelajar yang melahirkan bayi berkenaan dipercayai berasal dari Ranau, Sabah dan berusia 21 tahun, dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan.
0 Response to "MAYAT BAYI LELAKI TIDAK CUKUP BULAN DITEMUI DALAM LUBANG TANDAS RUMAH SEWA PELAJAR"
Post a Comment