SEORANG guru di Singapura melahirkan kekecewaannya melihat gambar dua pelajar lelakinya berciuman dengan memakai pakaian seragam sekolah.
Luahan itu dinyatakannya menerusi surat kepada portal The Real Singapore.
“Saya rasa homoseksual bukanlah sesuatu yang boleh dipromosikan di sekolah.
“Ada sesetengah guru yang memberitahu pelajar bahawa tidak mengapa jika mereka mahu menjadi homoseksual dan mereka patut berbangga dengannya,”ujarnya.
Lebih memburukkan keadaan, pelajar ini juga ‘diberi motivasi’ supaya tidak takut untuk menunjukkan keintiman mereka dengan pasangan di khalayak ramai.
Guru tersebut turut menyatakan bahawa perbuatan tersebut menyalahi agama dan tidak dapat diterima terutamanya di sekolah.
Hmm..kalau di sekolah pun sudah berani berkelakuan begitu, apatah lagi kalau di luar?
Parah sungguh masyarakat dunia sekarang…
0 Response to "Guru Di Singapura Kecewa Budaya Gay Di Kalangan Pelajarnya"
Post a Comment