Sepanyol – Model Irina Shayk, yang juga teman wanita bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, telah dilabelkan sebagai `wanita tiada kelas’ .
Ia susulan imejnya dalam keadaan separuh bogel sambil memegang kad tertulis Bring Back Our Girls, iaitu kempen yang dianjurkan bagi menyokong usaha pihak berkuasa menyelamatkan hampir 300 pelajar perempuan yang diculik pelampau di Nigeria.
Irina yang dikenali sebagai model yang banyak bergambar untuk baju renang itu memuat naik gambar dia memegang kertas bertulis Bring Back Our Girls dalam Facebook dan Instagram miliknya.
Tindakannya itu mendapat cacian ramai kerana dia disifatkan sebagai tidak ada perasaan dan tidak menghormati kempen berkenaan.
“Ini adalah sesuatu yang benar-bena hina, jahil dan menjelikkan. Berhenti memuaskan nafsu sendiri.
“Awak menggunakan penculikan pelajar miskin ini sebagai langkah mempromosikan diri sendiri. Ia amat memalukan.
“Apa kata awak gunakan wang hasil menjadi model selama ini dan dermakan kepada pertubuhan yang berusaha keras untuk membebaskan gadis-gadis ini.
“Wajah saja cantik, tapi tiada kelas,’’ itu antara cacian yang diterimanya dalam Facebook dan Instagram sebaik sahaja dia memuat naik gambar berkenaan.
Kempen Bring Back Our Girls ini dianjurkan dengan melibatkan selebriti seluruh dunia bagi menyokong usaha membebaskan hampir 300 pelajar itu yang diculik oleh kumpulan Boko Haram di Nigeria.
Usaha menyelamatkan pelajar berkenaan itu turut disertai pasukan tentera Amerika Syarikat, Britain dan China.
0 Response to "Teman Wanita Ronaldo Dicaci Peminat, Wanita Tiada Kelas"
Post a Comment