PEROKOK MELAYU ANTARA PENYUMBANG DANA ISRAEL



Perokok beragama Islam yang menghisap rokok keluaran syarikat Israel juga bersubahat dalam pembunuhan orang Palestin, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Pulau Pinang (PPPM). Presidennya, Koris Atan mendakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok ini menyumbang 10 peratus keuntungan kepada Israel untuk menentang jiran-jiran negara itu.

Koris, yang juga naib presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberitahu dia memiliki ‘dokumen industri’ untuk membuktikan dakwaannya. Koris memberitahu orang Islam yang mengutuk serangan Israel terhadap penduduk Palestin:-

"Kenapa nak suruh orang lain boikot produk itu ini dan produk Israel yang yang lain. Boikotlah sendiri dan mulakan dengan memboikot rokok keluaran syarikat rokok milik orang Yahudi."

Dalam perang yang sudah berlangsung selama hampir 50 tahun, Israel telah dikritik oleh seluruh dunia dan baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Gaza, yang dilaporkan telah menyebabkan lebih 150 terbunuh.

"Ini juga waktu yang tepat untuk mengumumkan boikot, bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya. Jika orang Islam boleh berhenti merokok semasa puasa, kenapa tak berhenti terus selamanya?"

Koris yang merupakan bekas pengerusi Majlis Kawalan Tembakau Malaysia berkata, dokumen industri menunjukkan yang lebih 70 % perokok di Malaysia berbangsa Melayu.

Dia menyeru orang Islam yang bekerja di syarikat milik usahawan Yahudi yang setia kepada Israel untuk berhenti kerja serta merta dan berhenti bersikap ‘hipokrit’.

Dia juga mengkritik Putrajaya kerana menerima cukai jualan rokok dari syarikat-syarikat tersebut. Katanya, wang itu ‘haram’ dan ia hanya patut digunakan untuk orang bukan Islam, jadi satu akaun yang berasingan patut dibuat untuk cukai seperti itu.

"Berhenti letakkannya sekali dengan cukai halal. Wang ini mungkin boleh digunakan untuk menaik taraf sekolah atau menampung kebajikan yang berkaitan dengan orang bukan Islam."

Sementara itu, dia mengingatkan bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan yang merokok adalah tidak Islamik dan mempersoalkan mengapa orang Islam tidak mematuhi keputusan itu.

Memandangkan merokok tidak Islamik Koris menyarankan agar kerajaan membantu petani yang bekerja di ladang tembakau di Kelantan, Perlis dan Sabah untuk menukar tanaman memandangkan kebanyakan petani adalah orang Islam.

Dia mencadangkan kerajaan membantu mereka tanam tomato, cili dan tanaman lain.

Langkah seperti itu akan membantu petani yang miskin agar terus dapat bekalan makanan dan bekerja, kerana kebanyakan mereka tinggal di pedalaman.

"Ini ialah masa yang tepat untuk membantu mereka selari dengan semangat Ramadan. Tak ada orang bukan Islam akan membantah kerajaan membantu petani miskin.

Mengapa Malaysia tidak boleh jadi negara bebas tanaman tembakau?"

Tegas Koris yang juga pengerusi promosi, pubisiti dan penerangan zon Warisan George Town bebas-rokok:-

"Kesimpulannya, jika Malaysia tidak membuat langkah untuk memberhentikan kegiatan merokok atau mengimport rokok dari syarikat milik orang Yahudi, maka kerajaan juga menyokong pembunuhan orang Palestin.

Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mula serius tentang perkara ini untuk menunjukkan keikhlasan mereka memandangkan mereka berkata menyokong orang Palestin."

SUMBER BERITA: Yahoo Malaysia

0 Response to "PEROKOK MELAYU ANTARA PENYUMBANG DANA ISRAEL"

Post a Comment