Tanah Rizab Melayu Kini Hanya Tinggal 12 Peratus?

Kerajaan negeri mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menyediakan laporan kajian terperinci mengenai peratusan tanah rizab Melayu di Kedah.

Tanah Rizab Melayu

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata ini kerana laporan mengenainya bagi Kedah pada 2009 mengesahkan kira-kira 351,613.10 hektar tanah adalah milik rizab Melayu.

"Saya terkejut bahawa rizab Melayu jatuh 12 peratus....ini tak sepatutnya berlaku berikutan tanah ini satu-satunya aset yang ada dan kita nak pastikan ia dibangunkan serta beri manfaat seadil-adilnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Demokrasi di Malaysia' di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa tanah rizab Melayu di negara ini hanya tinggal 12 peratus, sedangkan wasiat Raja-raja Melayu sempena pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 menetapkan nisbah 50 peratus tanah di negara ini diperuntukkan kepada tanah rizab Melayu - BH online

1 Response to "Tanah Rizab Melayu Kini Hanya Tinggal 12 Peratus?"

  1. Orang Melayu janganlah jual tanah pada bukan Melayu please.

    ReplyDelete