
Kelana Jaya: Kemelut berhubung aksi suku akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu akhirnya selesai apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan 16 Oktober ini sebagai tarikh baharu.
Keputusan itu dibuat, hari ini selepas selesai perbincangan bersama antara Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah, pengurus Terengganu, Marzuki Sulong dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya di Wisma FAM.
Afandi berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat kata sepakat daripada kedua-dua pihak pada mesyuarat yang mengambil masa kira-kira empat jam.
via : sukanstartv
0 Response to "16 Oktober tarikh baru JDT vs Terengganu - Piala Malaysia"
Post a Comment