Dulu Kontroversi Pegang Anjing Sekarang Makan Biawak Panggang Pula

Makan Biawak Panggang

Selepas kontroversi program menyentuh anjing di ibu negara baru-baru ini, kini timbul pula dakwaan orang Islam memakan daging biawak panggang dalam satu program di sini Sabtu lalu.

Isu tersebut timbul apabila ada pihak tertentu memuat naik gambar dan status di dalam laman sosial Facebook (FB) sejak jam 3 petang Sabtu lalu.

Status di laman FB berkenaan menyatakan 'test merasa daging biawak dari booth unit infantri di Karnival Semarak Minda Komuniti 1Malaysia Negeri Perak 2014 di Dataran Pavilion bersebelahan Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar berhampiran dekat masjid Ridzuaniah'.

Seorang pengunjung beragama Islam yang ditemui, tetapi enggan dikenali turut mendakwa ada menjamah daging berkenaan bersama beberapa rakannya selepas melihat ia dihidangkan di atas pinggan yang terletak dalam satu ruang pameran di karnival itu.

"Daging itu diletakkan dalam pinggan dan saya diberitahu itu daging biawak dan apabila melihat rakan lain menjamahnya, saya turut memberanikan diri mencuba dan mendapati ia sedikit keras dan liat.



biawak panggang facebook



HUKUM MAKAN DAGING BIAWAK
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan orang Islam yang memakan daging biawak pada karnival itu adalah haram daripada segi hukum.

Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan memandangkan ia hanya satu demonstrasi mengenai survival anggota tentera khususnya komando di dalam hutan.

“Haram hukumnya memakan daging biawak tu. Memang ada komando yang makan ular, biawak ketika di hutan, tetapi itu dalam keadaan ‘darurat.’ Apa yang dijumpai, itulah yang mereka makan. Bukannya ada bekalan makanan.

“Bukannya nak jadi makanan sangat pun, cuma untuk tenaga. Tapi perbuatan sengaja memakan daging biawak adalah jelas haram,” katanya. lapor myMetro dan Sinar Harian

0 Response to "Dulu Kontroversi Pegang Anjing Sekarang Makan Biawak Panggang Pula"

Post a Comment