28 dan 29 Okt 2014, Mahkamah Persekutan dijadual mendengar hujah daripada pihak pembela dan pendakwa dalam kes rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahkamah akan membuat keputusan atau menangguhkan keputusan ke tarikh lain hanya akan diketahui pada tarikh berkenaan.
Sebelum ini pada 7 Mac, 2014, Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pendakwa dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi penangguhan pelaksanaan hukuman, sementara menunggu keputusan rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

0 Response to "Keputusan Rayuan Kes Liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Dan 29 Okt 2014"
Post a Comment