Siaran telefilem biopik Saloma tetap diteruskan

astro saloma ar tompel


KUALA LUMPUR: Astro tidak akan memenuhi tiga tuntutan yang diminta waris keluarga Allahyarham AR Tompel berhubung siaran telefilem biopik Saloma, termasuk menghentikan serta-merta tayangannya di stesen itu.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh ketika dihubungi BH Online berkata, sebaliknya telefilem biopik Saloma itu akan terus ditayangkan seperti biasa menerusi Astro First Eksklusif.

"Kami sudah membalas balik surat tuntutan daripada mereka bertarikh 8 Oktober lalu. Kami sudah jelaskan bahawa tidak berlaku perlanggaran hak intelek seperti yang diperkatakan mereka.

"Selepas merujuk wakil guaman dalaman dan luaran kami, memang jelas pihak kami tidak seperti yang disebut mereka sebelum ini. Jika mereka mengambil keputusan nak menyaman juga, itu terpulang kepada mereka," kata Khairul.

Khairul berkata, Astro melihat penerbitan projek istimewa telefilem biopik itu sebagai sebuah penerbitan yang berdasarkan kisah hidup Allahyarhamah Puan Seri Saloma.

Justeru, katanya keputusan Astro menjadikan Seniwati Mariani sebagai rujukan sangat tepat.

"Beliau adalah kakak kepada arwah Saloma. Beliau rujukan yang hidup pada zaman itu dan dekat dengan arwah.

"Dan daripada sudut penceritaan pula ia sebuah karya mempunyai lesen kreatif. Biopik itu sendirinya berdiri pada sebuah kisah benar manusia yang menjadi perhatian.

"Hal-hal berkaitan dakwaan mereka terhadap Allahyarham AR Tompel itu kita serahkan kepada pihak guaman," katanya.


astro saloma ar tompel

Ditanya apakah Astro ada berbincang dengan pihak penerbitan iaitu Melissa Saila menerusi Syarikat Kus Semangat Aktor, Khairul berkata, tiada sebab untuk mereka berbuat demikian kerana notis guaman yang dituntut pihak mereka ditujukan kepada Astro.

Semalam dalam sidang media yang dianjurkan waris Allahyarham AR Tompel, mereka meminta supaya penyiaran telefilem berkenaan dihentikan serta-merta.

Mereka juga meminta pihak berkaitan membuat permohonan maaf secara terbuka selain berharap ada proses rundingan untuk menyelesaikan perkara itu secara baik.


via : sukanstartv

Related Posts :

0 Response to "Siaran telefilem biopik Saloma tetap diteruskan"

Post a Comment