Statistik Jumlah Hutang Malaysia Setakat Jun 2014


Berikut adalah informasi jumlah hutang negara seperti yang diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat. * dipetik dari BH online

Informasi Jumlah Hutang Kerajaan Persekutuan Malaysia

1) RM568.9 bilion pada akhir Jun 2014 

2) Atau 52.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

3) 97.1 peratus atau RM552.7 bilion adalah hutang domestik

4) Baki hutang RM16.2 bilion atau 2.9 peratus merupakan pinjaman luar pesisir

5) Kedudukan hutang Malaysia kekal terurus di bawah 55 peratus daripada KDNK

6) Hutang negara dikategorikan sebagai negara keberhutangan sederhana

7) Statistik Hutang Negara sebelum 2014

-  Tahun 2013 : RM547.6 bilion atau 54.7 peratus daripada KDNK

-  Tahun 2012 : RM501.6 bilion atau 53.3 peratus daripada KDNK

- Tahun 2011 : RM456.1 bilion atau 51.5 peratus daripada KDNK

- Tahun 2010 : RM407.1 bilion atau 51.1 peratus daripada KDNK 

Kesimpulannya, kerajaan telah membayar balik semua hutang dan bayaran khidmat hutang dengan teratur serta mengikut jadual walaupun jumlah hutang kian bertambah dari tahun ke tahun.

0 Response to "Statistik Jumlah Hutang Malaysia Setakat Jun 2014"

Post a Comment