|
GAMBAR pernikahan Ovi dan Indra
yang tersebar di Internet.
|
Ovi berkata, dia bertekad menuntut cerai
daripada suaminya, Indra selepas lelaki itu mungkir janji dengan menyebarkan
gambar pernikahan mereka.
Pasangan itu dilaporkan berkahwin pada 27 Jun
2014, tetapi gambar perkahwinan itu tersebar bulan lalu.
Katanya, dia mahu suaminya merahsiakan hubungan
mereka kerana tidak mahu menjejaskan kariernya sebagai penyanyi lapor Harian
Metro.
“Ya, kerana gambar pernikahan itu saya mahu
menuntut cerai,” kata Ovi.
Duo Serigala dianggotai Ovi dan Pamela Safitri
dan kumpulan itu terkenal dengan goyang drible.
Sejak gambar berkenaan tersebar hubungannya
dengan Indra renggang dan dia tidak dapat menerima tindakan suaminya itu.
“Dia (Indra) sendiri yang menyebarkan gambar
perkahwinan kami sedangkan sebelum berkahwin dia berjanji untuk merahsiakan
hubungan kami.
“Ini semua menunjukkan Indra tidak lagi
menyokong karier saya dan saya bertekad mahu bercerai dengannya,”
katanya.
0 Response to "Artis Ini Tuntut Cerai Hanya Kerana Suami Sebar Gambar Kahwin"
Post a Comment