Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik.
Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik
lebih kurang dalam jam 6 petang. Ustazah itu masuk dan selepas budak-budak bagi
salam, baca doa pula. Macam biasa.
Selepas baca doa, ustazah itu ada tegur 2, 3
orang budak baca doa tak betul. Ustazah itu pergi dekat dengan budak yang baca
doa tak betul itu untuk talaqqi'lah kononnya.
Tak semena-mena budak itu menangis dan ustazah
itu pun berasa pelik, kenapa budak lain yang kena tegur, dia pula yang menangis.
Masa itu, barulah nampak mulut budak itu berdarah sambil pegang gunting.
Dipendekkan cerita, memang tidak wujud pun
pembuli itu dan tidak berlaku sama sekali kes buli itu. Masalahnya, pihak atasan
tidak membenarkan kita membuat laporan polis. Selepas itu, polis pula seakan
percaya dan masuk on their side.
Masalahnya, budak itu uztazah yang ajar dia
dari bulan Januari pun dia tak boleh cam. Sekarang ini, pihak Forensik siap
datang ke sekolah untuk periksa tandas.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tak benarkan kita buat laporan polis.
Itu yang membuatkan kita rasa geram.
Tetapi tadi PK petang, ustazah yang terlibat
dalam kejadian dan guru kelas murid terbabit pergi juga buat laporan polis bagi
pihak diri sendiri.
KPM kata nak tunggu pihak polis selesaikan
siasatan dulu, baru akan ambil tindakan seterusnya. Sekarang ini, pihak Forensik
pergi periksa sampai ke tandas konon-kononnya budak itu dibuli di tandas untuk
cari bukti. Kasihan, menyusahkan orang betul. Disebabkan cerita yang
direka-reka, banyak pihak yang terlibat.
Yang ini, mak dia saja yang pandai reka cerita,
dia dok provok anak dia. Budak ini kelas hujung, jadi faham-faham sajalah macam
mana budaknya.
Sekarang ini, OCPD Klang sudah 'panas bontot'.
Selepas cikgu-cikgu itu buat lapor polis tadi, baru mereka macam okay sikit
dengan pihak sekolah. - Sumber WhatsApp
0 Response to "Akhirnya Guru Tampil Dedah Kisah Sebenar Murid Gunting Lidahnya Sendiri"
Post a Comment