KLANG - Ibu kanak-kanak 8 tahun cedera di lidahnya akibat digunting menafikan dakwaan kononnya anaknya mereka cerita dan menipu.
"Anak saya bukan budak yang suka menipu, apatah
lagi mencederakan diri sendiri. Dia seorang anak yang manja. Apa saja yang
berlaku pada dirinya akan diberitahu kepada saya.
"Saya terkilan kerana tidak mengambil tindakan
awal sejak dia mengadu dibuli awal tahun ini kerana hanya menganggap ia sekadar
usikan rakan-rakan di sekolah.
"Saya tidak laporkan pada pihak sekolah kerana
tidak mahu dilabel sebagai ibu yang terlalu sensitif," katanya memetik dari
laporan Harian Metro.
Menurut ibu kepada dua anak itu, mangsa bukan
jenis kanak-kanak yang lasak atau gemar melakukan perkara yang berbahaya.
"Jadi, agak mustahil sekiranya dia sengaja
menggunting lidahnya sendiri dan kemudian membuat cerita kononnya dia
dibuli.
"Dakwaan itu tidak masuk akal kerana dia baru
berusia 8 tahun. Sekiranya dia memang jenis bermasalah, mengapa dia tidak pernah
mengadu dibuli ketika menghadiri sekolah agama sebaliknya berulang kali mengadu
dibuli di sekolah kebangsaan," katanya.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten
Komisioner Azman Abd Razak meminta masyarakat tidak membuat sebarang
spekulasi.
0 Response to "Respon Ibu Kanak-Kanak Didakwa Potong Lidah Menipu"
Post a Comment