Butterworth: Polis berkas kekasih disyaki bersekongkol pecah tabung masjid di Butterwoth.
Mereka, yang masing-masing berusia 24 dan 25
tahun dikatakan berasal dari Pengerang, Johor, dan ditahan di hotel murah, di
sini, Khamis lalu.
Pasangan itu itu dipercayai menjelajah
semenanjung dan memecah tabung masjid di setiap daerah dikunjungi lapor Harian
Metro.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU),
Asisten Komisioner Azmi Adam, berkata di SPU saja, suspek mengaku melakukan tiga
kes pecah tabung di tiga masjid di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, pasangan itu juga mengaku
melakukan 15 kes yang sama di beberapa daerah lain.
Katanya, polis masih menyiasat kes berkenaan
termasuk menyemak kejadian pecah tabung masjid yang mungkin didalangi suspek di
daerah lain.
0 Response to "Akhirnya Pasangan Kekasih Pencuri Tabung Masjid Kantoi"
Post a Comment