Pelajar Latih Kaki Jawab Soalan SPM

pelajar spm kudung taip guna kaki

Seremban: "Saya melatih diri dengan bermain permainan komputer dan menaip dengan kaki bagi memudahkan saya menjawab peperiksaan," kata Mohd Syazwan Roshdi, 17, calon orang kurang upaya (OKU) peperikaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ditemui di sini, semalam.

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Shahardin, Batu 10, Labu, di sini, itu mempunyai kecacatan fizikal pada tangan dan dia menjawab soalan peperiksaan dengan cara menaip di komputer riba menggunakan kedua-dua kakinya.

Syazwan berkata, dia mula menggunakan kaki untuk menjawab kertas peperiksaan percubaan SPM pada Ogos lalu, berbanding sebelum ini menggunakan tangan.

Menurutnya, sebelum ini dia hanya menggunakan kaki untuk bermain permainan komputer di rumah, namun mendapat kebenaran daripada guru untuk berbuat demikian bagi memudahkannya menduduki peperiksaan.

"Saya mengalami kesukaran menjawab peperiksaan dalam masa ditetapkan kerana saya tidak boleh menulis dengan pantas berikutan kecacatan pada tangan.

sumber

0 Response to "Pelajar Latih Kaki Jawab Soalan SPM"

Post a Comment