Punca PTPTN Kurangkan Pinjaman IPTA Dan IPTS Bermula 1 Nov 2014

Isu ptptn

PTPTN mengumumkan syarat baru pinjaman PTPTN untuk pelajar IPTA dan IPTS bermula 1 November 2014 akan dikurangkan seperti berikut :-


1. Pembiayaan kurang 5 % untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

2. Pembiayaan kurang 15 % untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

3. Tarikh berkuatkuasa 1 November 2014

4. Terpakai untuk pelajar baharu sahaja 

5. Jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan kerana kos pengajian yang tinggi

Pengumuman ini telah di buat oleh Ketua Pegawai Pemasaran dan Perhubungan Strategik PTPTN, Mastura Mohd Khalid. 


Punca Utama PTPTN Kurangkan Pinjaman IPTA Dan IPTS

1. Peminjam liat untuk membayar balik pinjaman mereka selepas tamat pengajian.

2. Kekangan dana PTPTN bagi menampung penambahan 50,000 peminjam baharu untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bermula November 2014


Kelayakan Jumlah Pembiayaan Baru PTPTN

1. Jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum.

2. Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatannya tidak melebihi RM8,000 dan 50 peratus untuk pendapatan bulanan keluarga pelajar melebihi RM8,000.

0 Response to "Punca PTPTN Kurangkan Pinjaman IPTA Dan IPTS Bermula 1 Nov 2014"

Post a Comment