Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Kursus NPQEL 2015

Semakan online NPQEL 2015

Berita baik untuk pemohon Kursus NPQEL 2015 apabila Portal Rasmi KPM mengumumkan

Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Untuk Mengikuti Kursus NPQEL 1/2015 dibuka mulai 4 November 2014 sehingga 6 Disember 2014. Sila ke pautan NPQEL atau klik SEMAK 

Semoga berjaya...




Apa Itu NPQEL?

Pengenalan NPQEL Mod Baru

Program Kelayakan Professional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) adalah kursus yang diwujudkan bagi melatih kumpulan pemimpin pelapis yang telah melepasi proses taksiran khas yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki.

Program NPQEL  mod baru dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan dan menggunakan kaedah bersemuka (face to face) dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar dan melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Kandungan mod baru NPQEL mengambil kira semua aspek keterampilan kepimpinan sekolah dan meliputi kesemua bidang relevan yang terkandung dalam mod sedia ada. Informasi yang lebih sila klik SINI

0 Response to "Semakan Keputusan Panggilan Temuduga Kursus NPQEL 2015"

Post a Comment