MANHATTAN Tujuh beradik berumur antara 16 hingga 23 tahun yang dikurung di dalam rumah di New York sejak kecil dan hanya belajar mengenai dunia luar dengan menonton lebih daripada 5,000 filem kerana bimbang dipengaruhi perkara-perkara buruk yang terdapat di bandar raya ini.
Portal berita Mail Online melaporkan, adik-beradik Angulo yang terdiri daripada Bhagavan, 23, pasangan kembar, Govinda dan Narayana, 22, Mukunda, 20, Krisna, 18, Jagadesh, 17, serta adik perempuan, Visnu, 16, menetap bersama ibu bapa mereka di sebuah apartmen kecil, di sini.
Bapa mereka, Oscar Angulo yang berasal dari Peru, tidak membenarkan anak-anaknya ke*luar dari rumah tanpa pemantauan dan sentiasa memastikan pintu berkunci.
Susulan daripada keputusan itu, tujuh beradik berkenaan turut tidak dibenarkan bersekolah dan hanya belajar membaca dan me*nulis daripada ibu mereka, Susanne.
Kisah hidup tujuh beradik berkenaan mendapat perhatian seorang pengarah filem, Crystal Moselle yang kemudian menghasilkan sebuah dokumentari tentang keluarga tersebut bertajuk The Wolfpack.
Moselle berkata, dia mula mengetahui tentang keluarga Angulo selepas ternampak kelibat tujuh beradik berkenaan berjalan bersama-sama di First Avenue sambil memakai kaca mata hitam.
Mereka kelihatan pelik dan saya seperti melihat mereka seperti satu puak yang sudah lama hilang di dunia. Saya percaya ada sesuatu yang menarik tentang keluarga ini dan mula melakukan siasatan.
Selepas mendapatkan kebenaran daripada Oscar untuk membuat dokumentari tentang keluarga ini, jelasnya, sambil menambah dokumentari The Wolfpack berjaya memenangi Anugerah Juri Festival Filem Sundance, baru-baru ini.- Utusan
0 Response to "7 Beradik Dikurung Sejak Kecil Elak Pengaruh Buruk Dunia Luar"
Post a Comment