Izzah Dakwa Anwar Pernah Ditawar Jawatan TPM Betul Ke ?


DALAM satu ceramah yang diadakan di Pulau Pinang semalam, Nurul Izzah Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim andai figura itu meninggalkan gagasan Pakatan Rakyat.

Ujar Izzah kepada ratusan hadirin yang datang, tawaran tersebut dibuat setelah PR memenangi undian popular sebanyak 52 peratus pada Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Memetik retorik Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menerusi portal The Malaysian Insider, Dia disuruh mengabaikan sekutu PKR, PAS dan DAP, menerima tawaran itu, membentuk kerajaan que sera sera (apa yang terjadi, akan terjadi), kita bergembira bersama-sama.

Apa keputusan beliau? Beliau menolak tawaran itu sama sekali kerana ia berkaitan hidup dan mati perjuangan. Sebagai sebuah gabungan, kita hanya boleh bekerja bersama-sama selagi kita berpegang kepada prinsip.

PENANG_NURUL_IZZAH_140215_TMIHASNOOR_02


Dalam ceramah khas yang diadakan di tapak ekspo Seberang Jaya, Permatang Pauh itu, Izzah turut mendakwa Anwar bersetuju membuat rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah Najib mendesak supaya satu perdamaian dilakukan pasca pilihan raya.

NamunAnwar menetapkan syarat antaranya satu usaha perlu diwujudkan bagi membanteras rasuah dalam kerajaan persekutuan serta menangani perihal ekonomi, namun sayangnya rundingan tersebut menemui kegagalan.

Bagi menyekat kemaraan Anwar yang menjadi cabaran utama BN, Izzah berkata, bapanya disabitkan dengan kes Liwat II lalu dijatuhi hukuman penjara lima tahun, rumus Izzah dalam ceramah yang turut disertai Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu.

Bukan menidakkan dakwaan Nurul Izzah sama sekali mengatakan anak sulung Anwar berkata tipu, namun yang menjadi persoalannya mengapa pendedahan tersebut baru dilakukan setelah hampir dua tahun PRU 13 berlangsung?

Adakah terdapat konspirasi pasca keputusan Liwat II, setelah kerusi parlimen Permatang Pauh bakal kosong tidak lama lagi? Tunggu babak politik seterusnya

Publisiti Murahan?Bomoh Main Golf Depan Penjara Sungai Buloh


Sumber: mynewshub

0 Response to "Izzah Dakwa Anwar Pernah Ditawar Jawatan TPM Betul Ke ?"

Post a Comment