Buat Apa Bomohkan Azwan




Minggu lalu, Azwan Ali menerusi program hiburan Melodi mendedahkan dirinya pernah disihir oleh seorang artis lelaki yang namanya bermula dengan huruf J.



Bagaimanapun, pengacara itu dengan lantangnya mendedahkan bahawa individu yang mempunyai pangkal nama 'J' yang dimaksudkan adalah Jaafar Onn.



Dakwaan berkenaan menyebabkan Jaafar Onn tampil lantas menafikan kenyataan Azwan Ali sekaligus membersihkan namanya dalam satu temubual.



Tanpa menyebut nama Azwan Ali, Jaafar Onn mengesa selebriti kontroversi itu bertaubat dan menginsafi perbuatannya kerana tindakan itu hanya mencerminkan kelemahan sendiri di mata masyarakat.



"Saya nak pesan, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu," ujar Jaafar Onn yang kesal dengan tindakan Azwan Ali mencercanya di media sosial.



Pelakon dan Chef selebriti itu turut menafikan bahawa dia pernah menyihir Azwan Ali kerana tiada sebab untuk dia melakukan perbuatan syirik itu.



"Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengannya, jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa? Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu," tegasnya.



Kebiasannya jika seseorang mendapatkan rawatan untuk membuang sihir yang terkena pada diri, para pengamal perubatan Islam tidak akan mendedahkan nama si pelaku bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan.



Namun berbeza dengan kes ini apabila Azwan Ali mendakwa dia tahu akan identiti si pelaku.



Sumber

Related Posts :

0 Response to "Buat Apa Bomohkan Azwan"

Post a Comment