Dukun Palsu Cabul 15 pesakit








Gambar hiasan
Bandung: Seorang lelaki mendakwa dirinya dukun yang dipercayai mencabul 15 pesakitnya di Bandung sudah ditahan polis.

Ketua polis Bandung Komisioner Angesta Romano Yoyol berkata,: “Suspek mengaku merawat pesakitnya sebagai seorang dukun. Antara mangsa termasuk 15 yang diperiksanya.”

Suspek yang dikenal pasti sebagai Ari Mulyana, 23, ditahan di rumahnya di pekan Sukarasa di daerah Sukasari.

Menurut polis, perniagaan Ari laris berikutan mendakwa mampu mengubati pelbagai penyakit.

“Suspek sudah lima bulan melakukan perniagaan ini, malah ramai pelanggan,” kata Angesta.

Bagaimanapun, polis menegaskan dia hanya dukun palsu.

Menurut polis, tembelangnya pecah selepas seorang mangsa berusia 16 tahun yang hanya dikenali sebagai EQ membuat laporan polis pada 26 Januari lalu dengan mendakwa dicabul Ari.

“Hasil laporan itu kami terus menjalankan siasatan dan menahan suspek di rumahnya,” katanya.

Menurutnya, suspek mengaku mencabul 15 wanita berusia antara 14 hingga 29 tahun. Antara perbuatannya termasuk ‘mengadakan hubungan suami isteri’ dengan mereka.

Walaupun Ari menjalankan perniagaan itu dari rumahnya, kebanyakan kejadian berlaku di rumah mangsa.

Setakat ini hanya enam mangsa mengakui diperalatkan. Polis menggesa mereka yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan.

Selain itu, polis turut merampas pelbagai peralatan digunakan ‘dukun’ berkenaan termasuk paku, wayar, cincin bertatahkan permata biru serta merah dan pakaian digunakan Ari dan ‘pesakitnya.’

Suspek dilaporkan menggunakan paku sebagai ‘bukti’ ditarik dari badan pesakit seterusnya meyakinkan mereka mengenai kuasa dimilikinya.

Dia turut memukau mangsa supaya tunduk dengan arahannya. Ari menegaskan sebarang perlakuan seks dilakukan dengan izin mangsa.

“Mereka yang mahukannya begitu,” katanya.

Dia kini ditahan di balai polis Bandung dan bakal didakwa atas tuduhan jenayah seksual selain melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak.









Sumber

0 Response to "Dukun Palsu Cabul 15 pesakit"

Post a Comment