Faizal Hussein Utamakan Pelajaran Anak-Anak Daripada Berlakon


Pelakon Faizal Hussein akui lebih utamakan pelajaran anak-anak daripada mengheret mereka ke dunia lakonan kerana usiannya masih lagi kecil dan tidak bersesuaian.

Dia juga berasan kasihan kepada anaknya Fazryn 10, dan Fazrick 7 sekiranya mereka menjadi pelakon waktu kerjanya sama seperti orang dewasa.

“Buat masa sekarang saya lebih tumpukan kepada pelajaran, biarlah dia membesar seperti kanak-kanak yang lain, jadual mereka pun sebenarnya lebih sibuk daripada saya.

“Selain pergi ke sekolah rendah mahupun sekolah agama, mereka juga pergi ke kelas-kelas lain seperti tuisyen, kelas taekwando dan pelbagai lagi aktiviti yang saya sendiri tak menang tangan nak menghantarnya,” kata Faisal kepada portal Murai.com.my

Faizal Hussein ditemui wartawan di Majlis Tayangan Perdana Gudang Kubur Terbitan Mangkin Prestij turut merasakan anak-anaknya mempunyai bakat berlakon dan kemungkinan satu hari nanti akan menjadi bintang ternama.

“Kuah kalau tak tumpah ke nasi, nak ke mana lagikan, cuma itulah saya akan sekat dulu untuk mereka berlakon sekarang, bila dah sampai waktunya Inshaa Allah saya akan benarkan,” ujarnya.

Mengenai filem Gudang Kubur, ini merupakan filem seram pertama yang dia pernah lakonkan dan bekerjasama dengan pelakon lain iaitu Nora Danish amat baik sekali.

“Sepanjang bergelar pelakon, ini filem seram pertama saya, cabaran tu sama sahaja dengan lakonan saya yang lain. Tetapi perlu tambahkan lagi emosi agar nampak ia lebih ‘real’ terutama apabila berdepan dengan makhluk halus.

Gudang Kubur akan mula ditayangkan hari ini (12 Februari) yang dibintangi oleh Atikah Suhaimie, Niezam Zaidi, Epy Kodiang, Along Ezyendy dan muka baharu, Pablo Amirul.

Sumber

0 Response to "Faizal Hussein Utamakan Pelajaran Anak-Anak Daripada Berlakon"

Post a Comment