Kekasih Shaheizy Sam Hencap Fazura?
Hujung minggu lalu Murai Batu ada la menonton Melodi bagi mendapatkan update tentang apa yang terbaru dan sensasi di dalam dunia hiburan kita ini kan. Tup tup terkeluarlah cerita mengenai Shaheizy Sam kononnya seakan tidak mahu mengesahkan bahawa dia pernah bercinta dengan Fazura.
Tetapi seingat Murai Batu masa tayangan perdana Manisnya Cinta di Cappadocia tempoh hari ada juga hint yang mengiyakan cerita cinta mereka berdua tetapi mengapa Sam seperti mahu berdolak-dalik seakan terpaksa atau mahu menyembunyikan sesuatu.
Tak baik Sam mainkan perasaan orang perempuan tau. Oops!
Walaubagaimanapun yang bestnya, Murai Batu terima beberapa link dan komen daripada pembaca di sebuah blog hiburan yang famous juga setelah mereka menaikkan kisah ini di blog mereka tentang tweet daripada aktres baru yang khabarnya kekasih hati Shaheizy kini iaitu Syatilla Melvin.
Rupa-rupanya luahan hati pelakon berdarah kacukan ini terlihat cemburu atau pun tak senang duduk dengan kisah yang diceritakan setelah Fazura mengimbau kenangan ketika bersama Shaheizy Sam dalam siri realiti televisyen Facing Up To Fazura hujung tahun lalu.
Murai Batu mohon maaf kalau tersalah andaian tetapi siapa lagi yang dimaksudkan dalam tweet oleh Syatilla Melvin yang dibuat sebaik habis episod ketiga realiti tersebut yang disiarkan setiap hari Ahad di saluran E! tempoh hari.
Murai Batu rasa dalam hal ini yang lelaki sepatutnya memainkan peranan. Murai Batu dapat rasa yang kedua mereka terbawa oleh emosi sebagai wanita yang memang ingin dicintai dan mencintai lelaki kan? Cerita dah lama dah terbuka balik, tak gitu.
Apa pun Murai Batu ada cuba menyuruh teman di Murai meminta komen daripada Fazura tetapi pengurus pelakon ini mengatakan Fazura kini sedang bercuti dan berada diluar negara. Entahlah, nanti kita cuba dapatkan respon daripada Fazura mahupun Syatilla sendiri. Nak tengok siapa mengaku siapa yang tidak.Oops!
0 Response to "Kekasih Shaheizy Sam Hencap Fazura?"
Post a Comment