Pemilik Inspira Perlu Lapor Segera Ke Proton




Proton Holdings Bhd telah menyeru 5,280 pemilik kereta - kereta Inspira yang dikeluarkan antara bulan September 2010 hingga Mei 2011 untuk menghubungi pusat-pusat perkhidmatan Proton yang rasmi di seluruh negara untuk membuat satu pemeriksaan dan pembaikian yang percuma. 



Ini kerana, syarikat kereta nasional itu berkata bahawa kereta - kereta Proton yang terbabit mempunyai masalah yang berkaitan dengan komponen gegelung-V dan pemangkin brek.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 23 Februari 2015, ia dipercayai bahawa  Takal Gelung Pemacu (Drive Belt Pulley) boleh haus dengan cepat selepas perbatuan atau selepas keadaan pemanduan yang tertentu. Kerosakan komponen ini kemudiannya akan menyebabkan kehabisan bateri dan meningkatkan kepanasan enjin dan juga dapat menjejaskan sistem stereng kuasa.



Untuk maklumat yang lanjut, pemilik-pemilik Proton Inspira boleh menghubungi talian khidmat pelanggan 1800 888 398 atau e-mail kepada customercare@proton.com.

Sumber

Related Posts :

0 Response to "Pemilik Inspira Perlu Lapor Segera Ke Proton"

Post a Comment