VIDEO Wanita Rasis Hina Kamu Semua Pernah Jadi Hamba



PIHAK Polis Britain kini sedang mengesan seorang wanita yang dirakam mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman di dalam sebuah keretapi di stesen Stratford, Timur London, baru-baru ini.

Insiden pergaduhan mulut itu dikatakan bermula apabila dia mengarahkan lelaki berkulit hitam yang duduk bertentangan dengannya supaya beralih tempat duduk.

Kamu ada masalah sebab sebelum ini kamu semua pernah menjadi hamba, kata wanita itu pada minit ke 1:17.

Beberapa penumpang lain kedengaran menjerit diam apabila dia mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.

Bagaimanapun, menerusi beberapa video pendek lain yang turut dimuatnaik di laman sosial, wanita itu dirakamkan berkata:

Saya ada kawan berkulit hitam, saya bukan rasis.

Pada masa sama, pihak polis meminta agar perakam video tersebut tampil memberikan maklumat kepada mereka.



Sumber: mynewshub

0 Response to "VIDEO Wanita Rasis Hina Kamu Semua Pernah Jadi Hamba"

Post a Comment