Erin Malik Kesal Gambar Dalam Perut Terdedah Pada Umum







Berita Erin Malek sudah berbadan dua mula diketahui bila gambar imbasan kehamilan tersebar di media sosial.. Menerusi imbasan itu juga telah menunjukkan Erin sedang hamil anak kembar..

Berita yang gembira itu disambut baik oleh peminatnya dan telah memberi ucapan tahniah kepada Erin atas kurniaan tersebut..

Tetapi, Erin maklumkan dia berasa sedih dan kesal gambar tu telah tersebar secara meluas sedangkan ia hanya dikongsi bersama ahli keluarga terdekat..

Hmm.. tak silap Miss A Erin ada muatnaik gambar imbasan kehamilan ni dalam Instagram milik dia, tak lama lepas tu baru dia padam.. Pelik betul, kalau dah tak mahu tersebar tak payah la muatnaik.. Ye dak?

“Saya tidak kisah berkongsi khabar kehamilan, tetapi penyebaran gambar tersebut membuatkan saya agak sedih.

Lagipun saya masih di peringkat awal kehamilan, jadi saya belum bersedia untuk memberitahu atau mendedahkan mengenai kehamilan kembar ini.” kata Erin..

Itulah artis ni pun satu, dah dia yang buat tetiba nak hairan pulak macam mana gambar tu boleh tersebar.. Agaknya dia excited sangat kot tu yang terpost gambar tu.. Tup-tup kesal dan delete balik.. Macam-macam hal..

 

0 Response to "Erin Malik Kesal Gambar Dalam Perut Terdedah Pada Umum"

Post a Comment