Tanda-Tanda Milo Palsu.. Jangan Terpedaya!!


Bagi mengelakkan daripada korang menjadi mangsa penipuan Milo tiruan yang tengah heboh sekarang ni, pihak Nestle sendiri telah berkongsi satu tips untuk korang membezakan antara packaging Milo tiruan dengan yang asli.

Dikongsikan melalui akaun rasmi Milo Malaysia, dorang share satu foto yang memaparkan dua paket Milo, satu yang asli dan satu yang tiruan.

Kalau korang perhatikan betul-betul korang boleh nampak yang bahagian atas paket Milo tiruan agak tajam jika dibandingkan dengan paket yang asli. So lepas ni kalau korang perasan yang Milo korang nak beli tu packaging dia macam ni, memang sah la itu Milo tiruan.

“Pek Milo asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna,” tulis syarikat berkenaan secara rasmi.

Semalam tersebar satu video yang memaparkan bagaimana dorang bungkus Milo dengan hanya proses di rumah. Siap macam pakai kilo lagi tu. Dasyat ahhh. Macam tu je tapi boleh untung sampai ratus ribu, yela nak curi jenama orang lain.

Sumber

0 Response to "Tanda-Tanda Milo Palsu.. Jangan Terpedaya!!"

Post a Comment