Jitra:
Hari ini adalah detik yang sedih buat adik Afiq 3' tahun ayah yang dikasihi
telah di umum kan meninggal dunia dalam tragedi kren runtuh baru-baru
ini.
Walaupun
belum mengerti erti kematian dan kehilangan namun Afiq sudah faham erti rindu
dan sayang pada ayah dan ibu nya yang kini menunaikan ibadat Haji di
Mekah.
Kini
hanya tinggal ibu nya bersedirian setelah ayah Afiq hilang dalam tragedi kren
runtuh kini ayah Afiq disahkan meninggal dunia, ikuti luhan nenek mengenai Afiq
yang terlalu rindukan ayah nya.
“Sayu
hati kami apabila melihat Afiq sering memanggil nama bapanya sebaik melihatnya
di kaca televisyen. Namun, apa daya, dia masih kecil dan tidak memahami apa yang
berlaku.”
Begitu
luahan Cik Embun Puteh, 74, nenek Muhammad Afiq Amzar, 3, anak kepada Shahidan
Saad, 52, jemaah yang hilang selepas terbabit dalam kejadian kren tumbang di
Masjidilharam, Makkah.
Cik Embun
berkata, selain memanggil nama, cucunya itu turut menangis setiap kali ditanya
mengenai berkaitan bapanya yang masih belum ditemui selepas insiden pada 11
September lalu.
“Makcik
memang sebak setiap kali melihat wajah Shahidan di televisyen. Apatah lagi
apabila Afiq memanggil nama ayahnya sambil menunjuk gambar kiriman terakhir
Shahidan ketika berada di Tanah Suci di telefon bimbit.
Malah, Afiq juga kelihatan mahu
menangis setiap kali ditanya mengenai ibu bapanya di sana (Tanah Suci)
menyebabkan kami membiarkan ibunya saja memaklumkan mengenai kejadian menimpa
ayahnya sebaik pulang dari Tanah Suci pada awal bulan depan,” katanya ketika
ditemui di Kampung Kodiang Lama Luar -
Katanya,
sebagai nenek dia dapat merasai kesedihan Afiq kerana cucunya amat rapat dan
manja dengan Shahidan.
“Setiap
kali melihat ayahnya (di televisyen), dia akan memberitahu kami bahawa ayahnya
sedang ‘Allahu Akbar’ di masjid sambil menunjukkan gambar Kaabah yang tergantung
di dinding rumah selain mencium gambar ayahnya di telefon bimbit,”
katanya.
Pada
Jumaat minggu lalu, waris kepada jemaah haji yang terkorban sudah dibawa ke
rumah mayat berkenaan untuk ujian asid deoksiribonukleik
(DNA).
Waris
Shahidan, abangnya Sobri dan adik Zulhakimin, Ujian itu bagi mendapatkan padanan DNA jenazah tidak
sempurna yang dikumpulkan dalam tujuh beg plastik.
Al-fatihah
0 Response to "(5 Gambar) Ayah sudah tiada sayang .. ayah Afiq pergi menghadap Ilahi"
Post a Comment