Selepas dilanda kontroversi dalam rancangan Akademi Fantasia (AF) 2015 yang menyaksikan Rozita Che Wan diherdik oleh Pengetuanya, Edry KRU, pelakon wanita itu kini berada di Australia untuk bercuti bersama keluarganya.
Namun Rozita yang mesra disapa Che Ta memberitahu percutiannya ke negara itu bukan disebabkan 'merajuk' dengan kejadian itu.
“Saya tidak tertekan kerana kontroversi penarikan diri sebagai juri program AF. Sebaliknya percutian itu telah dirancang sebelum kontroversi berlaku. Tiket penerbangan juga telah ditempah pada tiga minggu yang lalu,” jelasnya memetik Kosmo hari ini.
Minggu lalu Che Ta membuat keputusan menarik diri sebagai juri tetap AF2015 selepas insiden diherdik Edry.
Sehingga kini tempat Che Ta masing kosong tanpa pengganti.
- sumber
0 Response to "SELEPAS MENARIK DIRI DARI AF, CHE TA MELARIKAN DIRI KE AUSTRALIA ?"
Post a Comment