(6 Gambar) Aiffa dijumpai dengan mulut berbuih akibat telan pil tidur kecewa anjing dibunuh

George Town : Seorang pencinta haiwan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah premis Sabrina Animal Recovery Centre (SARC) pada petang Ahad.

Nor Aifaa Syazny yang dikenali sebagai Coco Chan di kalangan penyelamat haiwan di Pulau Pinang dilaporkan pengsan semasa sedang menjaga haiwan di premis berkenaan.






Pemilik SARC, D.G. Janet, 38, berkata mereka berada di luar premis tersebut apabila terdengar bunyi anjing menyalak.
"Kami masuk ke dalam premis tersebut dan mendapati dia terbaring di atas lantai dengan mulutnya berbuih," kata Janet.
Seorang rakan mangsa, M.Maheswaran, 36, berkata dia berbual kali terakhir dengan Nor Aifaa kira-kira pukul 10 pagi Ahad.
"Dia amat kecewa dan sedih dengan pembunuhan yang sedang berlaku," katanya merujuk kepada pembunuhan anjing di Pulau Pinang untuk menangani ancaman wabak penyakit anjing gila di negeri tersebut.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan masih belum sedarkan diri.
Namun keadaannya dilaporkan stabil.
Difahamkan Nor Aifaa telah mengambil pil tidur.

Mangsa merupakan pengasas kepada Aifaa Shelter Home Sweet Home, yang berperanan menyelamatkan kucing sesat yang sakit. -MS

0 Response to "(6 Gambar) Aiffa dijumpai dengan mulut berbuih akibat telan pil tidur kecewa anjing dibunuh"

Post a Comment