
Sekumpulan
penyelidik yang merupakan ahli arkeologi berkata, penemuan tersebut bermula di
bahagian utara pantai Mesir.Kata seorang penyelidik, Franck Goddio, kumpulannya
mula menjejak semula kota tersebut sebelum menemui bahagian-bahagian kota lama
itu yang berada jauh di dasar laut.
“Setakat ini, pihak kami telah
menemui serpihan-serpihan yang mempunyai hubung kait dengan kota
tersebut.
“Pihak kami menemui 64 bangkai kapal pedagang yang dipercayai
menjalankan urus niaga dengan penduduk kota tersebut, syiling emas dan
patung-patung gergasi sebesar 16 kaki," katanya.
Selain itu, pihaknya
melaporkan turut menemui kepingan batu berukir tulis purba Yunani dan Mesir
Purba di tapak penemuan kota tersebut.
Berdasarkan teori awal penyelidik,
kota tersebut dikatakan ‘tergelincir’ ke dasar laut 1,000 tahun selepas ia
dibina pada abad kelapan sebelum Masihi.
Sebelum kota Thonis-Heracleion
hilang, ia dikatakan dibina di sekitar muara Sungai Nil.
“Andaian itu
dibuat berdasarkan patung granit merah Dewa Hapi iaitu dewa Sungai Nil yang
dijumpai bersama dengan penemuan kota tersebut.
“Patung tersebut juga
merupakan antara patung terbesar pernah ditemui oleh pihak kami,” jelasnya
seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.
Antara teori lain yang
turut dikemukakan termasuklah kenaikan paras air laut dan tragedi bencana alam
yang menimpa, menyebabkan kota tersebut ‘terkubur’ ribuan tahun
lamanya.



0 Response to "(15 Gambar) Kota Metropolitan Berusia 2,800 Tahun, Berjaya Ditemukan Di Dalam LAUTAN MEDITERRANEAN"
Post a Comment