
PUCHONG - SEORANG lelaki
berusia 47 tahun yang pernah melakukan hubungan seks dengan bakal menantunya
diugut oleh wanita itu untuk menyebarkan video aksi seks mereka berdua jika
tidak dibayar wang.
Wanita berusia 23 tahun itu
mengugut untuk mendedahkan video seks berkenaan kepada isteri lelaki terbabit,
selain ingin membuat laporan polis mengatakan mangsa merogolnya jika dia tidak
dibayar seperti yang diminta.
Memetik laporan The Star,
suspek dikatakan selalu mengunjungi rumah keluarga bakal suaminya itu yang
terletak di Pusat Bandar Puchong sehinggalah berlaku hubungan terlarang dengan
lelaki terbabit.
Panik dengan ugutan itu,
mangsa kemudiannya berterus-terang dengan isterinya yang berusia 42 tahun
sebelum si isteri membuat laporan polis mengenai ugutan yang diterima suaminya.
– MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Wanita Ugut Nak Dedahkan Video Seks Bersama Bakal Bapa Mertua"
Post a Comment