
Menurut
Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan
lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.
"Bila
anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya
gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya
guna terkena objek keras macam besi.
"Saya gali lagi dan bila dikeluarkan
dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala
naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan
kacip pinang yang diperbuat daripada emas. Mungkin ini balasan sebab saya ambil
dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,”
katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela
Miow.
Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut,
satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung
rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai
sebarang objek.
Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang
emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.
"Sampai sekarang ni
saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar
selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip
pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan
pisau... warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.
0 Response to "Pelik Tapi Benar - Lelaki Ini Jumpa Sesuatu Yang Sangat BERHARGA Ketika Mengebumikan Anak Kucingnya"
Post a Comment