
GAMBAR
HIASAN
Mangsa
dipercayai terpaksa berbuat demikian kerana diancam akan dibunuh oleh tiga
suspek tersebut dengan ‘menguburkan’ dirinya hidup-hidup dalam tong dram yang
kemudian dikeraskan menggunakan bahan simen.
“Gadis
ini mengaku dirinya telah diancam oleh suspek yang mengugut akan berbuat kejam
sedemikian jika dia cuba untuk melarikan diri,” ujar jurucakap polis
tempatan yang dipetik akhbar Japan Today pada Rabu.
Pihak
polis diberitahu, mangsa pertama kali berkenalan dengan suspek yang bernama Aomi
Morita, 20 tahun; penduduk daerah Itabashi, sebelum diperkenalkan pula dengan
dua orang lagi temannya, pada awal Ogos lalu.
Mereka
kemudian dipercayai tinggal bersama-sama di pangsapuri Aomi sejak 28 Ogos hingga
5 Oktober lalu dan ketika itu, suspek turut merampas telefon bimbit dan kad
perlindungan insurans kesihatan milik mangsa.
Tidak
setakat itu, mangsa juga dipaksa melayani nafsu seks tiga lelaki berkenaan
secara bergilir-gilir. Untuk sekali perkhidmatan diberi, suspek menawarkan caj
setinggi 20,000 yen (kira-kira RM715) kepada pelanggan mereka.
Setelah
pelanggan tersebut bersetuju dengan kadar ditetapkan, mangsa akan dihantar ke
sebuah hotel untuk ‘melayani’ pelanggan berkenaan dan gadis itu sendiri, malah
diberikan upah 1,000 yen (RM35) bagi setiap perkhidmatan.
Tindakan
itu terpaksa dilakukan mangsa selama 40 hari berturut-turut terhadap lebih 60
pelanggan sebelum diselamatkan pihak polis awal bulan ini dan ketiga-tiga suspek
kini menjalani proses perbicaraan di mahkamah.
Sekiranya
didapati bersalah, mereka bertiga bakal menerima hukuman berat kerana melanggar
Undang-undang Kesejahteraan Kanak-kanak Jepun iaitu penjara sehingga lima tahun
dan denda sejuta yen (kira-kira RM35,800).
Bagaimanapun
menurut polis, tiga suspek itu menafikan telah memaksa mangsa untuk melacur,
sebaliknya mereka mendakwa gadis tersebut sendiri rela menawarkan perkhidmatan
seks. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 Response to "GADIS 16 TAHUN, TERPAKSA JADI PELACUR 3 LELAKI KERANA DIANCAM BUNUH"
Post a Comment