
Gambar hiasan
PETALING JAYA -
Seorang peniaga vape di Shah Alam mengalami kerugian RM100,000 setelah barangan
perniagaannya dirampas dalam serbuan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa
Kementerian Kesihatan.
Menurut peniaga terbabit, penguatkuasa terbabit
datang dengan surat rampasan telah merampas 3,000 botol flavour vape yang
mengandungi nikotin yang kesemuanya bernilai RM100,000, lapor The
Star.
"Mereka datang sekitar jam 4 petang dan tunjuk pada kami surat
mendakwa rampasan dilakukan kerana produk kami mengandungi
nikotin.
"Tetapi mereka tidak ada surat kebenaran yang menyatakan untuk
merampas produk," katanya.
Peniaga terbabit cuba bertanya bagaimana dia
boleh mendapatkan kembali barangan yang dirampas. Namun jawapan yang diberikan
oleh pegawai penguatkuasa KKM itu sangat mengecewakan.
"Mereka hanya
beritahu saya supaya bercakap dengan bos mereka jika mahu kembali barang-barang
itu. Kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana
masih terkejut dengan apa yang baru berlaku ini," katanya.
0 Response to "SAYU. PENGUATKUASA SERBU KEDAI VAPE, PENIAGA RUGI RM100,000"
Post a Comment