
SEREMBAN - Majlis Perbandaran Seremban
(MPS) membuat laporan polis berhubung dua lelaki menyamar sebagai pegawai
daripada jabatan terbabit untuk menipu orang ramai.
Yang Dipertuanya,
Datuk Abd Halim Abd Latiff berkata, dua lelaki yang datang ke rumah penduduk di
Taman Panchor Jaya dan Taman Sri Pulai 3 di sini, kelmarin, bukan kakitangan
MPS.
Sebaliknya, katanya, kedua-duanya menyamar sebagai kakitangan PBT
terbabit bertujuan untuk menipu mangsa bagi mendapatkan wang.
Menurutnya,
lelaki tidak dikenali itu mendakwa mereka sebagai pegawai di Jabatan Perancang
MPS untuk memeriksa rumah penduduk.
“Kedua-dua mereka pergi ke setiap
rumah penduduk, kononnya mahu memeriksa rumah dan bangunan yang diubah
suai.
“Apabila rumah penduduk didapati melakukan sambungan haram, mereka
akan meminta wang sebagai bayaran denda,” katanya.
Menurutnya, penduduk
yang berasa was-was dengan tindakan kedua-dua lelaki itu segera memaklumkan
kepada pegawai MPS.
“Pegawai saya segera ke rumah penduduk dan hasil
siasatan mereka mendakwa dari Jabatan Perancang. Pegawai berasa musykil kerana
kerja-kerja pemeriksaan ubah suai bangunan dilakukan Jabatan Bangunan bukannya
Jabatan Perancang.
“Pegawai saya juga tidak kenal kedua-dua lelaki itu
dan mereka juga bukan kakitangan atau bekas kakitangan MPS,” katanya di sini,
semalam.
Abd Halim berkata, pegawainya bagaimanapun berjaya mengambil
gambar dan membuat rakaman video kedua-dua lelaki terbabit sebelum mereka
melarikan diri dengan sebuah kenderaan.
“Kita sudah membuat laporan polis
tentang perkara ini dan gambar serta rakaman video telah kita serahkan kepada
polis. Kita minta polis siasat perkara ini dan mengambil tindakan terhadap
kedua-dua lelaki ini,” katanya.
Sehubungan itu, Abd Halim menasihatkan
orang ramai supaya berhati-hati terhadap individu yang menyamar kakitangan
MPS.
“Kalau ada kakitangan MPS yang datang mahu memeriksa rumah atau
memungut cukai dan seterusnya meminta wang, saya minta orang ramai agar tidak
serahkan duit kepada mereka.
"Ini kerana kakitangan kita tidak dibenarkan
memungut cukai atau wang dari rumah ke rumah.
“Jika terdapat kejadian
seperti ini, kita minta orang ramai untuk segera membuat laporan polis,”
katanya.
Menurutnya, pembayaran cukai hanya boleh dibuat melalui Pejabat
MPS, Pejabat PBT yang lain, Pejabat Pos dan pembayaran online
banking.
Sementara itu, foto dua lelaki yang menyamar itu turut tersebar
dalam laman sosial Facebook selain video berdurasi 1:40 yang dirakamkan ketika
pegawai berkenaan sedang berada di hadapan sebuah rumah penduduk.
Sumber
0 Response to "Punca menyamar jadi pegawai MPS minta duit tersebar akhirnya"
Post a Comment