JANGAN TERTIPU!!! RAMAI DAH TERTIPU DENGAN COMPANY INI, MUNGKIN ANDA MANGSA SETERUSNYA!!



"Kak, marilah duduk kejap.. tak perlu beli apa-apa, kami beri mug percuma."
Lelaki itu melambai-lambaikan sekeping kertas promosi ke arah saya di ruangan legar TESCO.

Memandangkan waktu itu baru lpas sekolah dan pasti jam sesak, saya pun ok la.
Saya duduk di kerusi yang disediakan. Lelaki muda itu meminta saya isi maklumat diri dalam borang yang disediakan. Saya sebenarnya dah agak, maka saya pun isi ala kadar saja.

"Saya dapat komisen setiap borang yang diisi," kata lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Farid, dari Negeri Sembilan.
"Tunggu kak, jangan pergi dulu. Saya nak terangkan tentang produk kami," katanya kemudian.

Saya lihat demonstrasi yang dilakukannya pada microwave oven. Ok la, boleh tahan.
Berapa harga barang ni?" saya tanya sekadar nak tahu.
"RM3388 jika cash. Tapi jika boleh bayar dengan kad kredit," terangnya.
Dia kembali dengan 2 keping kad bertampal.

"Kami ada buat promosi. Kak bukalah, boleh dapat diskaun RM100 hingga RM300 jika beli barang kami dengan kad diskaun ni, atau jika naib baik boleh dapat barangan percuma.Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu."
Saya lihat dalam fail yang diletakkan di atas mejanya. Ada contoh kad gores yang mendedahkan diskaun RM100, RM300, induction cooker, atau vacumn cleaner. Semuanya lebih dari RM3000 setiap satu.

Buka-buka kad itu, adalah gambar induction cooker, RM100 dan juga vacumn cleaner.
Si Farid itu terkejut. "Eh, kak... kenapa ada 2 barangan elektrik? Tak pernah ada pun gambar begini, nanti saya kena tanya supervisor."

Dia pun tinggalkan saya sekejap. Saya belek-belek fail di depan mata. Nmpak ada gambar beberapa orang dengan barangan elektrik yang dimenangi. Hmmm...
"Kak, bertuahnya kak. Supevisor kata sekarang kami buat promosi Deepavali, jadi hanya ada 10 saja kad ini yang dikeluarkan syarikat. Kak slaah seorang yang cukup bertuah. "
"Wah dapat 2 barang percuma jika beli satu barang elektrik lain. Tolak vacumn cleaner dan cooker, barang apa yang awak suka?"
Saya tunjuk microwave oven. Harga RM3388.

"Lihat, dua barang sudah harga biasa RM6000 lebih, tapi jika bayar RM3288 saja, boleh dapat 3 barang ini. Untung banyak loo," wanita Cina itu menyampuk.
Saya biarkan mereka bersandiwara. Satu senario yang pernah berlaku di tempat lain masih saya ingati lagi. Dalam hati, saya terus berzikir. Biar tenang.
"Ya la" Farid terus angkat kotak microwave oven dan cooker lalu letak di tepi meja. "Jika beli satu saja barangan lain, boleh bawa balik sekarang," katanya.

Saya senyum.

"Kak boleh beli dengan cash atau kad kredit. Mana kak lebih suka?" tanya wanita Cina itu.
"Tentulah beli cash," saya jawab.
"Wah, pandai kak ni. Beli cash lagi bagus."
"Tapi saya tak perlukan semua tu," saya jawab dengan tenang.
"Eh, kak. Mana boleh kata tak perlu? Barang berkualiti, guna di rumah."
"Saya sudah ada barang-barang ini, tapi jenama lain. Buat apa nak beli lagi. Tadi kamu kata datang dengar saja, dapat mug percuma. Sekarang nak saya beli barang pula dengan harga RM3000 lebih, buat promosi pula, tak boleh jual," saya beri alasan.
"Promosi senang saja," pujuk Farid.

"Saya bincang dengan suami dulu," saya membuat keputusan.
"Kalau kak bagitau suami pun, dia takkan percaya boleh dapat free begini banyak barang," wanita Cina itu pula berkata.

"Dia yang akan bayar maaa, dia suami," saya pula senyum.
Wanita Cina itu tiba-tiba berkata," Kak nak beli atau tidak? Tak nak beli, takpe kita cancel."
"Ok, cancel saja," saya menjawab ringkas. Masih senyum. Saya berlalu pergi dengan mug yang diberi.

Hahahaaaa... ni pengalaman kali kedua dengan wakil syarikat yang sama. Mempromosikan barangan elektrik dan perkakasan rumah jenama AMG itali. Modus operadi yang sama. Barangan yang sama - Mahal tetapi kononnya hebat, environment friendly dan baik untuk kesihatan. Tapi harga sampai lebih RM3 ribu setiap satu.

Pandai mereka... cakap cepat, bijak memujuk, langsung tak berikan masa lama untuk saya berfikir. Tekanan demi tekanan secara psikologi diberi agar orang termakan pujukan lalu membeli, kononnya belian yang berbaloi. Untung bila beli 2-3 barang dengan harga itu. Dapat diskaun lagi. Bila dah tinggalkan mereka, barulah sedar rupa-rupanya mengapa beli barangan sampai RM3000 sedangkan boleh dapatkan benda yang sama tapi jenama lain dengan harga jauh lebih murah?

Syukurlah saya sudah biasa berada di bawah tekanan dengan para pelajar yang nakal dan memeningkan kepala tu. Pengalaman di Beijing dulu juga banyak memberi pengajaran. Alhamdulillah juga, terima kasih pada Allah swt kerana memang poket saya tak berapa berisi pada ketika itu, hehehee.. beg berat dengan susu perah untuk Ihsan.

Sekarang sudah ada 2 mug syarikat itu di rumah. Saya sebenarnya dah lalui pengalaman yang lebih kurang sama di Carrefourre tahun lalu. Kali ini saya kongsi dalam blog.

Mengapa?


Rupa-rupanya syarikat ini telah menipu ramai orang dengan modus operadi yang sama.
Mereka yang tertipu bila balik rumah dan bersembang dengan orang lain barulah sedar bahawa mereka sebenarnya membayar terlalu mahal untuk barangan elektrik.
Kes mereka yang tertipu sejak tahun 2007 masih belum selesai sebab syarikat ini akan gulung tikar dan tukar nama selepas penipuan mereka didedahkan.

Oleh itu, berhati-hatilah jikalau dihampiri oleh promoter syarikat digedung membeli-belah.
Mereka suka kita guna kad kredit sebab mereka akan dapat pulangan lebih.
Ubat untuk melawan mereka hanyalah satu - jangan tamak.
Jangan mudah terpedaya dengan gmik barangan percuma, diskaun dan hadiah promosi.
Bersederhanalah dalam hidup. Bersyukur dengan apa yang ada, buat keputusan membeli barang yang mahal dengan bijak.
Selamat membeli-belah.

0 Response to "JANGAN TERTIPU!!! RAMAI DAH TERTIPU DENGAN COMPANY INI, MUNGKIN ANDA MANGSA SETERUSNYA!!"

Post a Comment