Bayangkan
bila anda berjalan-jalan di bandar dan tiba-tiba seseorang datang minta sedekah.
Selepas itu, anda mula perasan orang yang meminta sedekah tu pernah berjasa
kepada anda pada suatu masa dulu. Mesti anda nak tahu kenapa dan bagaimana benda
tu terjadi.

Sama
seperti kisah yang dikongsikan oleh individu ni. Sedang dia berjalan, seorang
wanita tua minta duit untuk beli makanan. Bila lihat wajah si peminta sedekah
tu, nak tahu tak siapa sebenarnya orang tu? Sedih gila beb.. Tak sangka
betul.
‘Cikgu Siti, Awak ke tu?’


Wanita
tua yang meminta sedekah itu dahulunya cikgu di sekolah individu ni. Sekarang
dia berjalan-jalan tanpa hala tuju dan minta sedikit duit untuk beli makanan.
Individu ni mula perasan apabila wanita tua tu duduk di sebelah dan bertanya;
“Boleh saya minta sedikit duit untuk beli makanan?”
Lalu
individu ni pun bertanya “Cikgu Siti, awakkah itu?”
Wanita tua ini berpelajaran, study di UK

Selepas
bertanya kepada orang sekeliling, wanita tua yang dahulunya cikgu jadi sebegitu
rupa bila suaminya meninggal dunia dalam kemalangan. Sejak kejadian itu, wanita
tua jadi hilang arah.
Menurut
individu ni, wanita ni dahulu merupakan cikgu yang berdedikasi dan menghabiskan
pelajaran di United Kingdom. Semoga wanita tua itu dilindungi dan diberkati
Allah.. Haihh sedihnya..
Sumber: ohbulan
0 Response to "Individu Ini Didatangi Peminta Sedekah, Sungguh Tak Sangka Wanita Tua Itu Sebenarnya Bekas.."
Post a Comment