Korea
Utara, mempunyai pelbagai rekod yang mengerikan dalam pemerintahannya. Dipetik
dari Dailymail, salah seorang bekas banduan di penjara Korea Utara, Ahn Myong
Chol, menceritakan sebuah kisah ngeri tentang kanak-kanak malang yang menjadi
makanan anjing dan dikebumikan hidup-hidup.
Ahn
Myong Chol adalah salah seorang yang berjaya melarikan diri dari Korea Utara dan
akhirnya bekerja di Korea Selatan. Kini selepas ia berjaya membelot dan menjadi
pengurus organisasi Bebaskan Gulag Korea Utara, ia menceritakan pengalamannya
semasa menjadi saksi kekejaman di sana.
Beliau
pernah melihat kanak-kanak sekolah yang baru pulang dan diserang oleh 3 ekor
anjing. Dengan ganasnya anjing-anjing ini mengoyak tubuh budak-budak
tersebut.
“Anjing-anjing
itu membunuh tiga budak. Dua lainnya luka parah dan penjaga menanam mereka
hidup-hidup,” cerita Ahn. Keesokan harinya anjing-anjing yang berjaya membunuh
kanak-kanak ini akan diberi makanan istimewa sebagai hadiah.
Korea
Utara memang mempunyai kisah tragik seperti dilaporkan oleh Chinasmack. Para
tahanan di sana dipaksa kerja pada suhu di bawah 25 darjah. Banyak di antara
mereka menderita kelaparan dan seringkali menggadai nyawa di sana.
“Orang-orang di kem tidak diperlakukan seperti manusia.
Mereka seperti lalat yang boleh dihancurkan,” cerita Ahn. Masih banyak
kanak-kanak malang yang kehilangan masa zaman kanak-kanak mereka, sebagai korban
dari taktik politik, peperangan dan diskriminasi.
0 Response to "Kanak-Kanak Ini Ditangkap Untuk Dijadikan Makanan Anjing"
Post a Comment