Kenyataan Media
Pengarah
Bahagian Hab Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Merujuk kepada gambar yang diviralkan hari ini, JAKIM ingin menegaskan bahawa JAKIM sama sekali tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada produk HARAM seperti gambar yang tersebar tersebut. Hasil siasatan JAKIM di dua lokasi (Miri & Kuching) seperti yang dimaklumkan oleh pengadu TIDAK mendapati produk tersebut berada di pasaran.
Jakim tidak menolak kemungkinan bahawa ini mungkin merupakan gambar yang sengaja diedit dengan meletakkan logo Halal. Sekiranya benar, Jakim mengecam perbuatan tersebut kerana perkara tersebut boleh mendatangkan tohmah terhadap pensijilan Halal Malaysia.
Sehubungan itu, Jakim menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung penjualan, pengedaran atau penyimpanan produk ini untuk tampil membantu agar tindakan sewajarnya dapat diambil sekiranya perkara tersebut adalah benar-benar berlaku.

0 Response to "ORANG RAMAI TERTIPU DENGAN PRODUK TERBARU BABI HALAL??!"
Post a Comment