Nelayan tangkap kerapu gergasi 320 KG

kerapu gergasi


SANDAKAN: Pengunjung Pasar Umum di sini, gempar apabila melihat seekor ikan kerapu gergasi seberat 320 kilogram (kg) dijual di pasar itu, hari ini.  Ikan itu dikatakan paling besar pernah dijual di pasar berkenaan dengan tangkapan sebelum ini ialah seberat antara 100 hingga 200 kg.

Nelayan, Saraji Jiblani, 45, dari Pulau Berhala dekat sini berkata dia menangkap ikan berkenaan Sabtu lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan negara jiran.  "Ia adalah tangkapan ikan paling besar pernah saya peroleh sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu.  "Mengikut nelayan lain, paling besar ikan pernah dijual di pasar ini adalah 200 kg beberapa tahun yang lalu.


kerapu


   "Sejak awal pagi, pengunjung tidak putus-putus datang ke pasar mahu melihat sendiri ikan gergasi dan tidak kurang juga yang mengambil gambar," katanya.  Saraji berkata, dia bersama sembilan rakan ke perairan berkenaan untuk menangkap ikan seperti biasa pada petang Jumaat lalu.

 Hanya beberapa jam selepas pukat dipasang, katanya, mereka cuba menarik pukat, namun berdepan kesukaran kerana keadaan pukat yang terlalu berat.  "Kami cuma sedar ikan gergasi tersangkut pada pukat apabila disuluh," katanya memberitahu ikan itu dijual antara RM45 hingga RM50 sekilogram berdasarkan permintaan pelanggan.

0 Response to "Nelayan tangkap kerapu gergasi 320 KG"

Post a Comment