
Beijing: Seorang lelaki
berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg Agera yang
berharga 26.5 juta yuan (RM18 juta) di bandar Chongqing.
Media tempatan menyifatkan
kejadian itu sebagai ‘kemalangan kereta paling mahal di China.’
Pemandu dikenali sebagai
Liu itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, lapor People’s Daily
Online.
Kemalangan itu berlaku
sekitar jam tengah malam di kawasan kejiranan Yubei apabila Liu dilaporkan
hilang kawalan kenderaan dipandunya sebelum melanggar penghadang jalan
menyebabkan kerosakan terhadap bampar serta tayar belakang.
Saksi berkata, pemandu
terbabit duduk dalam kereta selama dua jam sehingga petugas datang menarik
kenderaan itu.
Hmetro
Online
0 Response to "Kereta Termahal Di China Musnah Kemalangan"
Post a Comment