Cabaran Malaysia di kejohanan badminton Siri
Super Terbuka Korea berakhir selepas gandingan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong
tewas di suku akhir di Gimnasium Olimpik 2, Seoul, Korea Selatan, Jumaat.
Pasangan veteran yang merupakan naib juara
Kejohanan Dunia 2010 itu tunduk mudah di tangan beregu China, Fu Haifeng/Zhang
Nan, 16-21, 12-21 dalam masa 31 minit.
Koo/Tan menempah tempat ke suku akhir selepas mempamerkan aksi cemerlang menjinakkan pilihan kelima, Chai Biao/Hong Wei dari China 21-14, 21-12 di pusingan kedua pada Khamis.
Untuk rekod, Koo/Tan sudah memenangi dua gelaran sejak kembali ke gelanggang pada Mei lepas iaitu di Cabaran Antarabangsa Sri Lanka pada Jun dan Cabaran Antarabangsa Rusia pada Julai lepas.

- BERNAMA
0 Response to "Terbuka Korea: Cabaran Malaysia Berakhir Di Suku Akhir"
Post a Comment