
Kualiti udara
di 12 kawasan kembali merosot apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
menunjukkan skala tidak sihat setakat 10 pagi ini berbanding hanya tiga kawasan
pada 11 malam tadi.
Menurut rekod
dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan
tertinggi iaitu 137 diikuti Seremban (134), Pelabuhan Klang (130) serta
Bandaraya Melaka (124).
Di Jambi Indonesia Seorang bayi 15 bulan dilaporkan meninggal dunia setelah mengalami masalah pernafasan akibat jerebu.
Bayi perempuan
dikenali Nabila Julia Rahmadani itu menderita batuk dan selesema akibat
pencemaran udara.
Memetik
laporan SCTV, Nabila meninggal dunia dua hari lalu.
10 hari
sebelum meninggal dunia, bayi berkenaan menderita batuk dan selesema
teruk.
Nabila
disahkan meninggal dunia, ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut bapanya, Ahmad, Nabila diserang demam
panas dan mengalami sesak nafas sejak sebulan lalu.
Keadaan jerebu yang semakin teruk, memburukkan
lagi keadaan Nabila.
Wilayah Jambi mencatatkan situasi pencemaran
udara pada paras sangat berbahaya, dengan bacaan IPU sejak beberapa hari lalu
mencecah 700.
Diharap para ibu bapa di Malaysia mengawasi anak-anak di musim jerbu yang semakin teruk dan tidak terkawal demi kesihatan mereka. Al fatihah untuk arwah adik Nabila. -KB
Diharap para ibu bapa di Malaysia mengawasi anak-anak di musim jerbu yang semakin teruk dan tidak terkawal demi kesihatan mereka. Al fatihah untuk arwah adik Nabila. -KB
0 Response to "(3 Gambar) Luahan sedih ibu anak meninggal dunia sesak nafas akibat jerebu"
Post a Comment