WASHINGTON (AS): Imej-imej terbaru permukaan planet paling
jauh dalam Sistem Solar iaitu Pluto dan bulannya, Charon yang dikirim oleh kapal
angkasa New Horizons bukan sahaja menakjubkan para saintis dan ahli kaji bintang
malah menunjukkan Charon mempunyai sejarah silam yang ganas.
Inilah buat
pertama kalinya dalam sejarah, manusia dapat melihat permukaan planet Pluto dan
Charon secara jelas dan terang.
Charon misalnya mempunyai permukaan yang
terbelah dan di garisan Khatulistiwanya menunjukkan ngarai yang dalam dan
panjang iaitu lebih panjang daripada ngarai paling popular di Bumi iaitu Grand
Canyon yang terletak di Amerika Syarikat.
Imej-imej dengan resolusi tinggi
itu diproses dan dihantar oleh kapal angkasa tanpa manusia, New Horizons yang
terbang melintasi Planet Pluto dan bulannya Charon Julai lalu.
New
Horizons merakamkan beribu-ribu foto sehinggakan ia memerlukan masa selama
beberapa bulan untuk memproses dan menghantarnya pulang menerusi isyarat ke Bumi
semula.
Saiz Charon, adalah separuh daripada saiz Pluto.
Ia juga adalah
bulan paling besar dalam Sistem Suria.
Yang paling mengejutkan saintis ialah
permukaan Charon yang mempunyai gunung-ganang dan juga ngarai yang
dalam.
Ngarai yang terdapat di bulan ini adalah sepanjang lebih 1,600km -
empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.
Gambar-gambar yang
dirakamkan New Horizons ketika kapal angkasa itu melintasi Charon dan Pluto pada
14 Julai lalu menunjukkan wajah dan permukaan kedua-duanya yang menunjukkan
bahawa masa silam gerakan geologikal yang besar pernah berlaku di sini.
"Amat
jelas sekali ia menunjukkan pada masa lalu, kerak pada permukaan Charon pernah
merobek dan terbuka luas kerana pergerakan yang kuat," kata pakar astrologi,
John Spencer, dari Southwest Research Institute di Boulder, Colorado, Amerika
Syarikat.
Para saintis juga mendapati, tiadanya kesan kawah yang terbentuk
akibat hentaman komet atau astreod pada kawasan-kawasan tertentu di permukaan
Charon dan juga Pluto mengesahkan yang terdapatnya permukaan baru ekoran
aktiviti geologi.
Kapal angkasa New Horizons ketika ini
sedang berada 5 bilion kilometer dari Bumi dengan maklumat terbaru menunjukkan
segala sistem pada pesawat tersebut berjalan lancar.
Pluto adalah planet
paling kecil dan terjauh dalam Sistem Solar kita. Selepas Pluto, tidak ditemui
sebarang objek yang boleh diklasifikasikan sebagai planet.
0 Response to "Imej Terbaru Planet Pluto & Bulannya Charon Menakjubkan Para Saintis"
Post a Comment