Kota Bharu : Polis menahan tiga
orang wanita yang dipercayai membelasah seorang remaja perempuan berusia 22
tahun di Wakaf Mek Zainab, Tanjung Chat di sini yang rakaman video kejadian itu
menjadi viral di laman sosial sejak kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10
pagi itu, suspek utama yang merupakan seorang penjual kosmetik perniagaan dalam
talian berusia 27 ditahan Isnin lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa di
sini.
Sementara itu, dua lagi individu
yang merakam insiden itu menerima nasib yang sama selepas masing-masing ditahan
di Padang Tembak dan Wakaf Mek Zainab kira-kira pukul 3 hingga 4 pagi semalam
untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu,
Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, pihaknya masih lagi mengesan dua
lagi wanita dikenali sebagai Mok Bi dan Nija yang dipercayai turut sama
menendang bertubi-tubi kepala mangsa.
Katanya, kedua-dua wanita
berkenaan didapati tiada di rumah semasa pihak polis ke rumah
mereka.
“Kedua-dua wanita ini diminta
menyerah diri bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit sehingga
mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan.
“Pihak polis menerima laporan
berhubung insiden ini yang berlaku pada 15 Oktober lalu. Namun, ia hanya heboh
diperkatakan selepas menjadi viral dalam laman sosial baru-baru ini,” katanya di
sini semalam. Kosmo !
0 Response to "5 Gambar : Wajah-Wanita Suspek Kedua Kes Belasah Wanita Didedah"
Post a Comment