
Maran:
Jurukamera TV3 maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas dan
merempuh penghadang jalan di Kilometer 156 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala
Kuantan, berhampiran Chenor, malam tadi.
Dalam kejadian
kira-kira 9 malam itu, mangsa, Nor Azman Jumahat, 41, meninggal dunia di tempat
kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Ketua Polis
Daerah Maran Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Razdi berkata, mangsa yang
menunggang motosikal bersendirian dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur
ke Kuantan.
"Sebaik tiba
di tempat kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan
merempuh penghadang lebuh raya.
"Mangsa parah
di kepala serta kaki dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika
dihubungi malam tadi.
Beliau
berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat sebelum
dituntut oleh ahli keluarga bagi tujuan pengebumian.
"Kemalangan
disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
-HM
0 Response to "(5 Gambar) Jurukamera TV3 Maut Motosikal Kuasa Tinggi Rempuh Penghadang Jalan Di LPT"
Post a Comment