Kuala
Terengganu: Puteri Nabilah Azaman, 19, tidak mengikut keluarganya yang
terkorban dalam nahas tengah hari tadi kerana dia bakal menduduki peperiksaan
kolejnya.
"Ketika
bersarapan pagi di rumah, ayah beria-ria mengajak saya ke Kuantan tapi terpaksa
menolak. Esok saya kena ambil kertas akhir untuk subjek Matematik.
"Tidak lama
selepas itu, saya diberitahu mereka (keluarganya) terlibat dengan kemalangan,"
kata pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembusu ini.
Bapanya Azaman
Ramli, 49, dan ibu tirinya Noor Akmal Mohd Zain, 48, serta empat adik beradiknya
terkorban dalam kemalangan di Kilometer 258, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2)
berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Perasing di Jabor.
Kereta Toyota
Camry dipandu bapanya dilapor terbabas dan merempuh belakang
treler.
Anak sulung
ini berkata bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Pusat Jualan Perodua di Padang
Midin di sini mahu ke Kuantan untuk menemui seorang rakan lamanya bagi
membincangkan mengenai pertukaran lokasi kerjanya ke Kota Baharu pada 1 November
ini.
"Saya sangat
sedih dengan pemergian mereka dalam sekelip mata dan hasrat ayah untuk berjumpa
rakannya juga tidak kesampaian. Dua minggu lalu saya baru
sahaja
kematian ibu," katanya. - BERNAMA
0 Response to "Adik Puteri Nabilah Azaman yatim piatu sekelip mata (4Gambar)"
Post a Comment