
PIHAK
berkuasa Rusia bukan sahaja enggan mengaku bertanggung jawab malah menuding jari
ke arah Jawatankuasa Keselamatan Belanda berhubung tragedi penerbangan Malaysia
Airlines MH17.
Duta
Rusia di Malaysia, Valery N Yermolov berkata, penyelidikan yang memutuskan
bahawa pesawat penerbangan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat BUK
buatan Rusia, menimbulkan banyak tanda tanya.
Yermolov
juga menafikan pembabitan Rusia dengan insiden yang membunuh kesemua 283
penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, dengan mengatakan bahawa
misil yang dimaksudkan itu telah ditamatkan penggunaannya sejak tahun
2011.
“Peluru
berpandu BUK yang dinyatakan dalam laporan tersebut dicipta pada tahun 1986,
semasa peperangan dengan tentera Soviet Union, selepas kemerdekaan diumumkan.
Ianya mempunyai tempoh jaminan selama 25 tahun,” kata Yermolov dalam
sidang media yang diadakan di kedutaan Rusia, hari ini.
“Pada
2011 pihak berkuasa Rusia telah menghentikan penggunaan misil BUK tersebut,
namun setakat pengetahuan kami, tentera Ukraine memiliki 520 butir
pelurunya.”
Jawatankuasa
Keselamatan Belanda sebelum ini mendedahkan bahawa peluru berpandu yang telah
menembak jatuh MH17 semasa pesawat itu dalam perjalanan di kawasan Timur Ukraine
merupakan daripada jenis 9N314M.
Menurut
Yermalov lagi, peluru berpandu BUK yang lebih kurang sama bukan sahaja dimiliki
oleh Rusia, malah negara-negara bekas jajahan Soviet dan juga sekutu NATO,
seperti Greece.
“Ini
bermakna misil tersebut bukanlah hak eksklusif Rusia, tetapi juga bekas ahli
negara-negara Soviet Union.”
Yermalov
turut mendedahkan bahawa peluru berpandu BUK yang dimiliki oleh Rusia kini,
tidak mempunyai bentuk ‘rama-rama’ seperti yang dijumpai pada fiuslaj
MH17.
“Misil-misil
yang kami miliki hari ini mempunyai serpihan berbentuk paip selari, namun misil
yang dijumpai pada fiuslaj itu merupakan jenis misil yang digunakan secara
meluas oleh pihak pemisah lain,” jelas Yermalov.
Beliau
juga mengadu tentang penyiasatan itu yang dianggap kurang telus, sambil
menyatakan bahawa pakar Rusia sentiasa sedia bekerjasama namun dinafikan akses
serta penglibatan terhadap bahan-bahan yang didapati daripada jawatankuasa yang
diketuai oleh Belanda itu.
“Daripada
pemahaman kami, laporan yang dikumpul oleh pakar daripada Almaz-Antey iaitu
penghasil utama peluru berpandu BUK tersebut juga tidak
dipedulikan,” katanya.
0 Response to "MH17: Duta Rusia Nafikan Misil BUK Milik Negaranya"
Post a Comment